Korban Virus Zika: KKM Siasat Punca Sebenar Kematian Leftenan Muda Maritim

Besar kemungkinan mendiang menghidapi jangkitan lain, kata ketua pengarah KKM.

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kematian seorang pegawai maritim berumur 30 tahun, dipercayai akibat virus Zika di Manjung, Perak minggu lalu.

Menurut Astro Awani, Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah berkata, besar kemungkinan punca kematian lelaki itu bukan disebabkan oleh virus Zika, kerana dipercayai terdapat juga jangkitan lain seperti leptospirosis dan denggi.

“Jangkitan yang lain, mungkin kematian bukan disebabkan oleh penyakit itu (Zika) tapi kita dalam siasatan.”

“Jadi besar kemungkinan sebab dia ada jangkitan lain juga… ada zika, ada denggi. Besar kemungkinan bukan, tak apa siasat,” Noor Hisham dipetik memberitahu Astro Awani.,

Leftenan Muda (Maritim) Mohamad Ikmal Ibrahim meninggal dunia di Hospital Seri Manjung selepas di sana sejak 12 Oktober lalu.

Mohamad Ikmal adalah mangsa pertama yang meninggal dunia akibat virus Zika tahun ini, dan kematian beliau merupakan kes ke sembilan yang dilaporkan sejak empat tahun lalu.

Pada tahun 2016, lapan kes kematian kerana virus Zika telah dilaporkan.

You may also like