Fahmi Fadzil Bantu Pemandu Dapat Pembedahan Mata Percuma Di Hospital Pantai

Ahli Parlimen Lembah Pantai dikecam kerana muatnaik gambar kereta pemandu tersebut yang kemek akibat kemalangan.

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Fahmi Fadzil telah bantu seorang pemandu lori, yang sebelum ini Ahli Parlimen Lembah Pantai dituduh memperlekehkan kereta kemek beliau, mendapat pembedahan mata percuma di Hospital Pantai.

Fahmi, pengarah komunikasi PKR, berkata beliau telah bertemu dengan Yap Chi Hoe, 39, yang mengalami “chronic retinal detachment” di satu mata dan satu lagi perlu laser. Yap dikatakan mempunyai masalah penglihatan yang mungkin menyebabkan kehilangan penglihatan secara meyeluruh.

“Pada 8 September lalu, saya telah tweet berkenaan sebuah kereta yang dalam keadaan amat daif dan kelihatan seperti tidak selamat untuk dipandu. Malangnya, tweet saya itu telah disalah faham,” Fahmi berkata di Facebook selepas melawat Yap di hospital semalam.

“Ada yang beranggapan saya memperlekeh keadaan fizikal kereta itu. Malah ada pihak yang mengambil kesempatan untuk melempar fitnah, kononnya pemandu kereta itu kenalan mereka dan saya memomok golongan berpendapatan rendah.”

“Pada waktu itu, saya berpendirian untuk memohon maaf dan tidak melanjutkan polemik di media sosial. Saya juga berpandangan bahawa jika benar pemandu itu perlukan bantuan, maka saya perlu bantu secukupnya. Tetapi saya tidak kenal beliau, dan tidak tahu bagaimana untuk menghubunginya,” tambahnya lagi.

Setelah dibantu oleh beberapa pihak, Fahim akhirnya bertemu dengan pemandu kereta tersebut.

“Nama beliau Yap Chi Hoe. Beliau berusia 39 tahun dan tinggal di Klang. Ibu bapa beliau sudah tiada. En Yap bekerja sebagai pemandu lori (bukan pemandu Grab), dan cukup menyayangi haiwan. Beliau juga tidak mengenali sesiapa bernama ‘Riza Tan’,” kata Fahmi.

“Riza Tan”, pemilik akaun Twitter @RizaTann, adalah antara individu yang mengecam Fahmi atas tweet asalnya, mendakwa bahawa pemandu kereta tersebut adalah kawannya dan seorang pemandu Grab.

Fahmi juga menerangkan kisah sebenar kereta Yap dalam keadaan sebegitu.

“Pada 8 September, En Yap terlibat dalam satu kemalangan di satu lebuhraya apabila dilanggar sebuah lori kontena dari belakang.”

“Beliau telah menunggu tow truck, dan kerana beliau perlu tepati temu janji maka telah membuat keputusan untuk tetap memandu kereta yang telah dilanggar lori kontena itu,” kata Fahmi.

Yap dikatakan mempunyai masalah penglihatan yang mungkin menyebabkan kehilangan penglihatan secara meyeluruh.

Fahmi telah membantu Yap untuk mendapatkan rawatan untuk matanya, dan pihak pengurusan Hospital Pantai Kuala Lumpur, sebuah hospital GLC, telah bersetuju untuk membantu secara pro bono sebagai sebahagian dari projek CSR mereka.

Doktor pakar mata telah mendapati satu mata beliau mengalami masalah ‘chronic retinal detachment’, dan satu lagi perlu laser.

“Pembedahan itu telah dijalankan semalam (15hb Oktober), dan hari ini saya melawat beliau. Tiada masalah sampingan dari pembedahan, dan beliau akan dibenarkan pulang hari ini,” kata Fahmi.

Kereta Yap pula dianggap “total loss” dan pihak insurans akan membantu beliau sepenuhnya.

You may also like