Jaga Kesihatan Seksual Dengan Pil Perancang Baru

Kempen bertujuan membantu wanita dalam perancangan keluarga, kawalan kitaran, dan pengurusan hormon.

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Eurodrug Laboratories telah melancarkan sebuah kempen untuk membolehkan wanita untuk mendapatkan rundingan daripada ahli farmasi di farmasi CARiNG tentang perancangan keluarga.

Selain itu, kempen “Take Control” oleh Eurodrug Laboratories, CAriNG Pharmacy, Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM), dan Dr John Teo Beng Ho, pakar penjagaan kesihatan reproduktif juga memperkenalkan Dienille, sejenis kontraseptif oral yang mengandungi gabungan dua hormon, iaitu dienogest (yang memberi kesan seperti hormon luteal semulajadi, progesteron) dan etinilestradiol (yang memberi kesan seperti estrogen).

“Persekutuan ini akan menyediakan kemudahan yang selamat dan mudah diakses bagi wanita untuk mendapatkan rundingan daripada ahli farmasi di lebih daripada 120 cawangan farmasi CARiNG di seluruh negara,” menurut kenyataan Eurodrug Malaysia.

Sesi rundingan ini lebih berstruktur dan diseragamkan berdasarkan buku panduan kontraseptif oral “Take Control”, yang dihasilkan untuk ahli farmasi oleh Eurodrug Malaysia telah disemak dan disahkan oleh pakar pendidik kontraseptif serta FRHAM.

Buku panduan itu akan digunakan untuk menyeragam dan memberikan maklumat yang disahkan untuk memberi kuasa kepada wanita supaya membuat keputusan yang tepat dalam perancangan keluarga, kawalan kitaran, dan pengurusan hormon.

“Statistik yang tidak menggalakkan mengenai kehamilan yang tidak dirancang memerlukan pemerkasaan yang lebih kuat kepada wanita,” kata Dr John Teo.

“Pemerkasaan tersebut boleh diberi dalam bentuk kaunseling, penyediaan maklumat, dan akses kepada kaedah kontraseptif moden.

“Para Ahli Penjagaan Kesihatan terutamanya mereka yang menjadi sebahagian daripada masyarakat mesti jadi peneraju dalam memberikan peruntukan khidmat kritikal ini dan menghentikan kitaran maklumat yang salah dan mitos mengelilingi kontrasepsi,” beliau berkata.

Eurodrug Malaysia berkata kajian juga menunjukkan keberkesanan Dienille sebagai kaedah kontraseptif yang boleh bertindak secara berbalik jika digunakan dengan betul. Kadar konsepsi selepas pemberhentian Dienille didapati sama seperti wanita yang ingin hamil, di mana lebih dua pertiga daripada mereka tak pernah menggunakan kontrasepsi oral. Selain itu, tempoh penggunaan tidak memberi impak pada masa konsepsi.

“Keupayaan untuk menentukan bila, dan keadaan apa kehamilan mereka berlaku meningkatkan peluang kaum wanita untuk hidup dengan lebih sihat, dan menjalani kehidupan yang mereka mahukan,” kata Kelvin Tong, Pengurus Negara Eurodrug Malaysia.

“Wanita moden sangat prihatin dengan gaya hidup mereka dan mencari kontrasepsi yang membolehkan mereka mengawal kitaran haid serta pengurusan hormon mereka.”

You may also like