Jerebu Hilang, Tiada Kawasan Kualiti Udara Tak Sihat

Dua kawasan merekodkan bacaan baik.

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Setakat jam 9 pagi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara nampak semakin pulih, dengan tiada kawasan dalam kategori tidak sihat.

Dua kawasan di semenanjung mencatatkan IPU baik, iaitu Besut, Terengganu (50) dan Tanjung Malim, Perak (47).

Johan Setia Klang, Selangor yang mempunyai IPU sebanyak 152 semalam, merekodkan bacaan pada paras 88 pada jam 9 pagi hari ini.

Manakala, sebanyak 65 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

You may also like