Jerebu: IPU Johan Setia Masih Tidak Sihat, Kawasan Lain Makin Pulih

Dua kawasan merekodkan IPU kurang daripada 100

KUALA LUMPUR, 25 September -– Keadaan jerebu yang melanda negara semakin pulih. Hanya satu kawasan mempunyai Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 9 pagi hari ini, berbanding 20 kawasan semalam pada jam yang sama.

Johan Setia Klang, Selangor yang mempunyai IPU sebanyak 176 semalam, merekodkan bacaan pada paras 152 pada jam 9 pagi hari ini.

Tambahan pula, dua kawasan di Sabah dan Sarawak juga telah kembali ke bacaan baik, iaitu Keningau, Sabah (50) dan Kapit, Sarawak (50).

Tiada kawasan yang dikategorikan dibawah IPU sangat tidak sihat.

Manakala, sebanyak 64 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

You may also like