Jerebu: API Semenanjung Semakin Teruk

Sri Aman semakin pulih.

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Keadaan jerebu di Semenanjung Malaysia semakin merosot hari ini dengan sejumlah 38 kawasan dikategorikan sebagai tidak sihat setakat jam 9 pagi.

Manakala di Sarawak, satu kawasan, iaitu Sri Aman, sekarang berada di zon tidak sihat pada paras 129.

Ini adalah perkembangan positif daripada Jumaat lepas, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) Sri Aman mencecah 420, iaitu tahap merbahaya.

Walau bagaimanapun, masih terdapat satu kawasan yang berada di paras sangat tidak sihat, iaitu Johan Setia, Selangor pada paras 211 setakat jam 9 pagi.

Manakala, sebanyak 27 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

You may also like