Jerebu: Tujuh Kawasan Sangat Tidak Sihat

Sejumlah enam kawasan di Sarawak mempunyai IPU melebihi 200.

KUALA LUMPUR, 19 September – Sebanyak tujuh kawasan di Malaysia mencatatkan Indeks pencemaran udara (IPU) sangat tidak sihat setakat jam 10 pagi hari ini.

Ini adalah kurang daripada data semalam, di mana lapan kawasan dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.

Kawasan tersebut ialah Balik Pulau, Pulau Pinang (204), Kuching, Sarawak (273), Samarahan, Sarawak (229), Sri Aman, Sarawak (210), Sarikei, Sarawak (233), Sibu, Sarawak (242) dan Mukah, Sarawak (205).

Sejumlah 38 kawasan dilaporkan mempunyai kualiti udara tidak sihat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, lebih tinggi daripada 35 kawasan semalam pada jam yang sama.

Manakala, sebanyak 23 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

You may also like