Jerebu: Kualiti Udara Berbahaya Di Sri Aman, Sarawak

Empat kawasan mempunyai udara tidak sihat setakat jam 9 pagi.

KUALA LUMPUR, 17 Sept – Indeks pencemaran udara (IPU) pada hari ini mencatatkan Sri Aman, Sarawak, sebagai kualiti udara berbahaya pada paras 367 setakat jam 9 pagi.

Empat kawasan dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, iaitu: Kuching, Sarawak (220), Port Dickson, Negeri Sembilan (212), Nilai, Negeri Sembilan (203), dan Johan Setia, Selangor (233).

Sejumlah 28 kawasan dilaporkan mempunyai kualiti udara tidak sihat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Manakala sebanyak 32 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

Dalam pada itu, semua sekolah di Putrajaya dan Port Dickson ditutup hari ini susulan kualiti udara tidak sihat. Sejumlah 298 dan 145 buah sekolah di Sarawak dan Selangor masing-masing ditutup hari ini.

You may also like