Jerebu Di Malaysia Merosot, 22 Kawasan Tidak Sihat

Rompin mencatatkan kualiti udara paling teruk pada 227.

KUALA LUMPUR, 11 September — Masalah udara tercemar di Malaysia semakin teruk pagi ini dengan sejumlah 18 kawasan dicatatkan tidak sihat, menurut Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Angka ini adalah lebih tinggi berbanding semalam, dimana 15 lokasi dicatatkan tidak sihat.

Setakat jam 10am, di Semenanjung Malaysia 18 kawasan dicatatkan tidak sihat, iaitu: Balik Pualu, Pulau Pinang (109), Seri Manjung ,Perak (123), Batu Muda, Kuala Lumpur (134), Cheras, Kuala Lumpur (139), Putrajaya (152), Johan Setia Klang, Selangor (174), Kuala Selangor, Selangor (118), Petaling Jaya, Selangor (137), Shah Alam, Selangor (139), Klang, Selangor (130), Banting, Selangor (129), Seremban, Negeri Sembilan (129), Nilai, Negeri Sembilan (155), Port Dickson, Negeri Sembilan (113), Alor Gajah, Melaka (110), Bukit Rambai, Melaka (107), Bandaraya Melaka, Melaka (105), dan Tangkak, Johor (134).

Manakala di Sarawak, tiga kawasan direkodkan tidak sihat, iaitu Sri Aman (163), Samarahan (132) dan Kuching (150).

Rompin, Pahang telah mencatatkan kualiti sangat tidak sihat pada 227, perbezaan yang mendadak dari pagi semalam di mana IPU dicatatkan pada 195.

Sebanyak 46 kawasan telah dikategorikan di bawah kualiti udara sederhana, iaitu IPU antara 51 – 100.

You may also like