Masalah Jerebu Semakin Teruk Di Semenanjung, 15 Lokasi Tak Sihat

Kualiti udara di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Selangor, Negri Sembilan, Melaka, Johor, dan Pahang adalah tidak sihat.

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Masalah jerebu di Semenanjung Malaysia semakin merosot pagi ini, dengan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mencatatkan 15 lokasi dengan kualiti udara yang tidak sihat.

Setakat jam 12 tengahari tadi, Batu Muda, Kuala Lumpur, mencatatkan paras Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pada 162 dan Cheras (155). Putrajaya mencatat IPU di paras 142.

Sementara itu di Selangor, Johan Setia mencatat paras IPU di tahap 161, Petaling Jaya (144), Shah Alam (134), Klang (118), Banting (123).

Manakala di Negeri Sembilan, bacaan IPU juga semakin merosot di Nilai dengan IPU di paras 148, Seremban (119), Port Dickson (103).

Di Melaka, Bukit Rambai mencatat bacaan IPU di paras 104 dan Alor Gajah (103).

Di Tangkak, Johor, IPU yang dicatatkan adalah di paras 113; dan IPU di Rompin, Pahang didapati meningkat secara drastik kepada 194 daripada 98 pada jam 9 malam tadi.

Di Sarawak, bacaan IPU di Sri Aman ialah 190, Kuching (142), dan Samarahan (120).

You may also like