Dikejarkan Ke Hospital Kerana Guna Krim Veet Di Bahagian Sulit

Gara-gara ingin hilangkan bulu pada bahagian sulit.

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – William Bishop, 26, sedang bersiap sedia untuk temujanji apabila dia memutuskan untuk menggunakan krim ‘hair removal’ Veet di bahagian sulitnya.

Malangnya, akhbar The Guardian melaporkan bahawa dia meninggalkan bahan tersebut dua kali ganda lebih lama dari masa yang disyorkan. Kirim tersebut juga sepatutnya digunakan pada badan dan kaki sahaja.

Selepas dua hari, luka terbuka mula terbentuk pada alat sulit, William terus berjumpa doktor.

“Kakitangan hospital merawat luka, dan melakukan segala yang termampu untuk mengurangkan jangkitan namun keadaannya masih teruk, malah saya tidak dapat berjalan, duduk atau tidur.”

William menceritakan bahawa dia membiarkannya krim itu selama kira-kira 10 minit. Tempoh yang disyorkan adalah tiga hingga enam minit.

Jurucakap pengeluar Veet, Reckitt Benckiser, dalam kenyataan mereka meminta maaf dan menyifatkan kesihatan dan keselamatan pengguna sebagai keutamaan mereka.

“Oleh kerana kesihatan dan keselamatan pengguna kami adalah keutamaan bagi kami, kami sentiasa memastikan semua produk Veet memenuhi piawaian keselamatan yang ketat.

“Kami mengesyorkan pelanggan membaca dan mengikuti semua arahan yang terdapat pada label produk untuk penggunaan yang selamat,” katanya.

You may also like