Masalah Penyakit Buah Pinggang Semakin Serius Di Malaysia

Rawatan hemodialisis semakin diperlukan.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Lebih 100,000 rakyat Malaysia dijangka mengalami kegagalan buah pinggang dalam masa 20 tahun yang akan datang.

Pengarah Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Bahari Tok Muda Che Awang Ngah menyatakan kepada akhbar The Star, data dari National Renal Registry menunjukkan pada 2016 seramai 39,711 rakyat Malaysia memerlukan rawatan dialisis akibat kegagalan organ tersebut.

Beliau berkata angka tersebut dijangka meningkat secara eksponensial dan mengakibatkan seramai 106,000 individu memerlukan dialisis pada 2040.

Pada masa yang sama, 64 peratus daripada mereka yang memerlukan rawatan hemodialisis akibat kerosakan buah pinggang juga menghidap penyakit kencing manis.

Dr. Bahari juga mempertengahkan situasi meruncing akibat penderma organ yang terlalu sedikit di negara ini. Hanya terdapat tiga orang penderma kepada satu juta orang.

Beliau berharap semakin ramai ahli keluarga pesakit dapat tampil kehadapan menjadi penderma buah pinggang.

You may also like