Denggi Naik 89.5 Peratus Tahun 2019

Sebanyak 108 kematian denggi dilaporkan bulan Mei tahun ini hingga 20 Julai.

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Kes denggi meningkat sebanyak 89.5 peratus dari bulan Mei tahun ini hingga 20 Julai berbanding tempoh yang sama tahun 2018.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata sebanyak 72,356 kes denggi telah dilaporkan dari bulan Mei tahun ini sehingga 20 Julai, berbanding 38,190 kes tempoh yang sama tahun 2018.  

Sebanyak 108 kematian dilaporkan pada tempoh tersebut tahun ini berbanding 61 kematian pada tahun 2018, iaitu peningkatan sebanyak 77 peratus.

“Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas komitmen bersepadu oleh semua pihak di dalam usaha murni 3 menangani penularan jangkitan penyakit demam denggi di negara ini,” Dzulkefly berkata dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes denggi bagi tempoh 14 Julai hingga 20 Julai merupakan antara jumlah kes yang tertinggi direkodkan semenjak tahun 2017.   

Dr Noor Hisham juga bertambah kes influenza like-illness (ILI) mencatatkan peningkatan dalam julat normal sejak bulan Jun 2019. 

“Tren yang direkodkan ini adalah hampir sama berbanding tren pada tahun-tahun sebelumnya,” beliau berkata dalam satu kenyataan

“Begitu juga, analisa terhadap virus influenza yang dikesan daripada aktiviti survelan ini tidak menunjukkan sebarang tanda ianya telah mengalami mutasi sehingga mencetuskan kemunculan virus influenza yang baru (novel virus).”

You may also like