KKM Sedia Berjumpa FB Untuk Atasi Sekatan Hotline WhatsApp Larangan Merokok

Sekatan berlaku berikutan aduan orang ramai.

KUALA LUMPUR, 19 Jun — Kementerian Kesihatan akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi sekatan terhadap talian hotline yang dikatakan melanggar terma dan syarat WhatsApp.

Ia merancang untuk berjumpa dengan pihak Facebook yang memiliki aplikasi tersebut.

Dalam kenyataan beliau kepada media hari ini, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa talian tersebut diwujudkan bagi memudahkan laporan dibuat kepada pihak Kementerian mengenai kegiatan perokok yang melanggar zon tidak merokok.

Selain daripada memperkasakan orang ramai untuk membantu penguatkuasaan zon larangan tidak merokok, ia juga membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat, membuat pertanyaan dan memperolehi nasihat mengenai isu-isu yang berkait.

Sekatan terebut berlaku apabila terdapat aduan yang mendakwa penggunaan WhatsApp tersebut melanggar syarat-syarat penggunaan aplikasi itu.

You may also like