Ketumbuhan Ainul Mardhiah Selamat Dikeluarkan

Tumour terdiri daripada komponen sel kanser and bukan kanser.

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi yang menghidap ‘germ cell tumour’, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital di London semalam.

Ketumbuhan pada mulut bayi sembilan bulan itu mula membesar hingga mencapai berat 200 gram. Ia berjaya dibuang oleh pasukan pakar bedah dan anestetik selepas pembedahan yang berlangsung selama lima jam.

Pembedahan tersebut diterajui oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, salah seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan Ainul, berkata usaha membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.

“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan berjaya dibuang mengikut perancangan,” berkatanya kepada Berita Harian sejurus selepas berakhirnya pembedahan tersebut.

Beliau berkata bahawa sampel ‘biopsi’ terhadap tumor yang dikeluarkan daripada mulut bayi terbabit terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser.

Dr Ong menjelaskan bahawa prioriti bagi Ainul kini adalah memastikan beliau rehat and mendapat jagaan rapi untuk memastikan luka pembedahan pulih secepat mungkin. Selepas itu, kesihatan bayi tersebut akan dinilai semula.

“Tidak banyak berlaku pendarahan. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Ketumbuhan pada mulutnya sangat besar.”

“Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan lukanya sembuh, kemudian kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel kanser mulutnya tidak berulang.”

“Ainul juga akan diberi ubat tahan sakit dalam jumlah yang bersesuaian bagi membantu melegakannya daripada operasi pembedahan,” kata Dr. Ong.

Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, yang ditemani oleh isterinya Nurul Erwani Zaidi, menunjukkan rasa syukurnya ketika ditemui oleh Berita Harian selepas operasi pembedahan anak mereka.

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi ibu dan bapa kepada Ainul. Kami sangat teruja untuk menjaga Ainul dan bermain dengannya seperti kehidupan dijalani kanak-kanak lain.

“Apabila pertama kali melihat Ainul selepas pembedahan (tanpa ketumbuhan di mulutnya), dia sangat cantik, macam masa mula-mula dilahirkan. Ini adalah kelahiran semula Ainul.”

You may also like