Akibat Minum Banyak Sangat Boba

Lebih 100 bebola ubi kayu dijumpai dalam perut.

KUALA LUMPUR, 7 Jun — Pengalaman seorang gadis remaja berusia 14 tahun dari provinsi Zhejiang, negara China merupakan mimpi ngeri buat pengemar bubble tea. Minuman ini yang juga dikenali sebagai boba, popular di kalangan remaja terutamanya di Asia.

Gadis tersebut dikejarkan ke unit kecemasan hospital apabila beliau mengalami kesulitan membuang air besar selama lima hari.

Mengikut laporan AsiaOne, imbasan CT menunjukkan objek aneh berbentuk bebola dalam abdomen gadis tersebut.

Apabila ditanya, gadis tersebut mengaku minum boba lima hari sebelum dimasukkan ke hospital.

CT scan showing more than 100 tapioca pearls within the stomach, colon and anus. CREDIT: AsiaOne

Walaubagaimanapun, kehadiran lebih daripada 100 bebola ubi kayu dalam perut, kolon dan anus beliau memberikan gambaran kadar minuman bubble tea yang lebih tinggi dan lama daripada yang diberitahu oleh gadis tersebut.

Beliau diberikan ubat laksatif bagi mengeluarkan objek-objek tersebut daripada badannya.

Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Bandar Zhuji, Dr. Yu Ling memberi amaran kepada orang ramai bahawa bebola ubi kayu dalam minuman boba sukar dihadam oleh badan.

Peniaga boba juga berkemungkinan menambah pemekat dan bahan awet bagi membuatkan bebola kanji tersebut lebih padat.

Minum boba, terutamanya bebola-bebola kanji dalam minuman tersebut, secara berterusan boleh mengakibatkan masalah saluran gastrointestinal.

You may also like