Menteri Dzulkefly Melawat Bayi Ainul Mardhiah Menghidapi Kanser

By CodeBlue |

Ainul Mardhiah, yang berumur 9 bulan, menghidapi kanser germ cell tumour di mulut.

  •  
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KUALA LUMPUR, 28 Mei — Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkesempatan melawat bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang berada di sebuah hospital London, UK, untuk dapatkan rawatan kanser germ cell tumour.

Dzulkefly berkata Ainul Mardhiah yang berumur sembilan bulan tiba di London pada 25 Mei bersama ayah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, dan ibunya Nurul Erwani Zaidi, yang kedua-dua berumur 24.

“Insya’Allah, sama-sama kita doakan yang terbaik,” Dzulkefly berkata dalam satu kenyataan.

Rakyat Malaysia telah memberi sumbangan kepada keluarga Ainul Mardhiah supaya mereka boleh mendapatkan rawatan di luar negara untuk bayi tersebut yang menghidapi germ cell tumour di mulut.

Malaysia Airlines telah menajakan perjalanan mereka ke London.

  •  
  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

You may also like