Insurans Untuk Penyakit Mental di Malaysia?

Sudah ada di negara jiran, mengapa tidak di sini?

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menyarankan agar syarikat insurans di Malaysia wujudkan pelan insurans bagi meliputi penyakit mental.

Beliau memberikan contoh di negara lain termasuk negara jiran dimana terdapatnya liputan insurans bagi lima penyakit mental iaitu masalah depresi; gangguan bipolar, skizofrenia; gangguan obsesif-kompulsif (OCD) dan sindrom tourette.

“Mengikut data daripada Tinjauan Mobiliti Kesihatan Kebangsaan pada 2015, kira-kira 29.2 peratus daripada 4.2 juta penduduk Malaysia yang berusia 16 tahun dan ke atas mengalami pelbagai penyakit mental.

“Bagi tahun 2017 pula, seramai 17.7 peratus perempuan dan 18.9 peratus lelaki yang berumur dari 13 hingga 17 tahun mengalami depresi manakala 42.3 peratus perempuan dan 37.1 peratus lelaki mengalami keresahan,” beliau berkata kepada Bernama semalam.

Dr. Lee menjawab saranan penaung Persatuan Psikiatri Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye supaya kerajaan memberi fokus bagi meningkatkan kemudahan rawatan dan penjagaan kesihatan mental.

You may also like