Kes Jururawat: Mati Akibat Hirisan Di Leher

PDRM telah menahan tiga orang dalam siasatan mereka.

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor PDRM SAC Fadzil Ahmat mengesahkan kematian Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat hirisan di leher.

Ini berdasarkan hasil bedah siasat terhadap jenazah beliau yang dijalankan semalam.

Seorang lelaki Nigeria, 36 tahun, direman selama tujuh hari bermula hari ini berikutan siasatan kes pembunuhan ketua jururawat Hospital Serdang tersebut, .

Suspek dibawa kepada mahkamah majistret pagi ini dan direman sehingga Khamis, 23 Mei.

Lelaki tersebut dipercayai adalah suspek utama dalam kes pembunuhan Siti Kharina. Dia merupakan lelaki terakhir yang dilihat dalam rakaman CCTV di unit kondo Cyberjaya dimana mayat Siti Kharina ditemui.

Siti Kharina, 40, yang berkhidmat di Hospital Serdang selama lima tahun, ditemui dengan kesan kelar di bahagian dada, leher dan kepala, selepas dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu.

Pihak polis berkata lelaki warga Pakistan berumur 38 tahun dan seorang wanita Nigeria berumur 35 tahun, yang dipercayai rakan kenalan suspek, juga telah ditahan di sekitar Kuala Lumpur untuk membantu siasatan.

You may also like