Suspek Utama Kes Bunuh Jururawat Ditahan

Suspek dikatakan mengenali Siti Kharina sejak dua tahun lalu.

KUALA LUMPUR, 16 Mei — Suspek warga Nigeria ditahan di sini petang tadi untuk membantu siasatan kes bunuh ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin.

Berita Harian melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mengesahkan penahanan Aliwajuwom Gilbertalowonle di Cheras Sentral pada jam 3.30 petang.

Suspek dikatakan mengenali Siti Kharina sejak dua tahun lalu.

Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata awal petang ini bahawa Siti Kharina, 40, ditemui dibunuh di sebuah kondominium yang disewanya di Cyberjaya.

Mangsa, yang telah dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu, mempunyai kesan kelar di bahagian dada, leher dan kepala.

You may also like