Meghan Markle Tak Jadi ‘Home Birth’, Bersalin Di Hospital

“Baby Sussex” masih belum mempunyai nama.

KUALA LUMPUR, 8 Mei — Duchess of Sussex Meghan Markle, isteri kepada Putera Harry dari UK, telah melahirkan bayi lelaki di hospital walaupun memutus terlebih dahulu untuk bersalin di rumah.

Daily Mail melaporkan Meghan telah dibawa ke hospital dengan penuh kerahsiaan sehingga ada sebahagian kerabat di istana tidak mengetahui mengenai hal tersebut apabila Meghan melepasi seminggu tarikh jangkaan melahirkan anak.

Tidak dapat dipastikan sekiranya Meghan, 37, melalui proses kelahiran dengan bantuan ubat-ubatan atau prosedur kelahiran lain, tetapi terdapat sumber mengatakan beliau bermalam di hospital sehingga kelahiran bayi lelaki tersebut pada jam 5:26 Isnin pagi sambil ditemani Putera Harry di sisinya.  

Menurut Peter Bowen-Simpkins, pakar Ob-Gyn mengatakan terdapat pelbagai sebab mengapa kaedah bersalin di rumah (istana) tidak berjalan lancar buat Meghan.

Kata beliau, “Jika ini adalah kelahiran pertama anda, ini bermakna pelvis anda belum terbukti mampu melahirkan secara semulajadi. Anda mungkin tidak mengetahui sama ada badan sudah bersedia atau tidak bagi proses kelahiran tersebut.

“Jika seseorang ibu yang pernah melahirkan secara semulajadi, dan jika ini kelahiran kedua dan seterusnya, maka tidak jadi masalah kepada anda. Anda mungkin tidak mengetahui keupayaan anda sehingga melahirkan anak pertama.”

Satu kajian pada tahun 2011 menunjukkan ibu bersalin dari rumah yang dimasukkan ke dalam hospital adalah pada kadar 45 peratus bagi kelahiran kali pertama dan 10 peratus bagi kelahiran berikutnya.

Itulah yang sebenarnya berlaku pada tengahari Ahad apabila Meghan dibawa keluar dari kediaman mereka bersama Harry dan ibu Meghan, Doria, yang pernah mengikuti latihan daripada bidan (doula) dan pakar kelahiran di Amerika Syarikat.

Pihak Istana Buckingham enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal tersebut tetapi mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kelahiran putera sulung Meghan yang digelar “Baby Sussex” oleh rakyat jelata.  

You may also like