Gred Pemegang Taruh Kesihatan Untuk Dr. Dzul: C

Perlu banyakkan lagi konsultasi bersama pemegang taruh

KUALA LUMPUR, 30 April — Pemegang taruh sektor kesihatan secara amnya memberikan gred “C” atau “memuaskan”, bagi tahun pertama Dr. Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan.

Responden kad laporan CodeBlue yang terdiri daripada doktor dari sektor awam dan swasta berpendapat menteri daripada parti Amanah tersebut kurang melibatkan atau mengadakan konsultasi bersama pemegang taruh, termasuklah dari kalangan pengamal perubatan swasta hingga ke hospital swasta, dari sektor farmasi, industri farmaseutikal, dan ahli kesihatan profesional lain.

Antara pencapaian Dr. Dzulkefly yang disanjung adalah larangan merokok di tempat makan awam, peningkatan bajet kesihatan dalam Bajet 2019 walaupun keadaan kewangan meruncing, dan pembentukan Majlis Penasihat Kesihatan yang merangkumi tujuh pakar dan tokoh dalam bidang perubatan negara bagi menasihati Kementerian Kesihatan.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa organisasi menolak untuk menyumbang kepada kad laporan CodeBlue ini. Mereka berpendirian mahu mengekalkan kedudukan yang neutral politik.

Seorang wakil dari industri farmaseutikal berkongsi pandangan dengan CodeBlue — dengan syarat nama beliau tidak disiarkan kerana bimbang “dipanggil oleh Putrajaya” — memberi gred “C” dan berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu strategi dan petunjuk prestasi utama (KPI) yang jelas mengenai apa yang ingin dicapai.

Beliau juga menggesa agar pemegang taruh sektor kesihatan seperti hospital swasta, industri farmaseutikal dan ahli farmasi dilibatkan dengan lebih mendalam demi membantu KKM mencapai objektif dan strategi yang ingin dicapai.

Bagi pemegang taruh yang menurut serta dalam aktiviti ini, laporan dibawah memberikan gambaran bagaimana mereka menilai prestasi Dr. Dzulkefly dalam tahun pertama beliau sebagai Menteri Kesihatan.

Mereka diminta memberikan gred A (cemerlang), B (baik), C (memuaskan), D (mencapai tahap minimum) atau F (sedang gagal). Pendapat dan pandangan responden disunting sedikit agar lebih jelas.


Dr Lim Kuan Joo (Mantan Pengarah, Hospital Kuala Lumpur)

GRED

Pencapaian terbaik PH dalam sektor penjagaan kesihatan

Pembentukan Majlis Penasihat Kesihatan.
Kelemahan PH dalam sektor penjagaan kesihatan

Tidak memeriksa fakta sebelum membuat kenyataan — ketika salah satu acara Galen Centre, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menyatakan 95 peratus pesakit penyakit tidak berjangkit (NCD) mendapat rawatan susulan yang sepatutnya. Namun secara realitinya, hanya 30 peratus.
Bagaimana PH dapat meningkatkan penjagaan kesihatan

Meningkatkan peruntukan perbelanjaan kesihatan kepada 4 peratus daripada jumlah KDNK.
Apakah tumpuan yang harus diberikan oleh PH dalam penjagaan kesihatan bagi baki penggal pertama?

Memberikan fokus kepada kesihatan populasi. Sains kesihatan populasi tidak tertumpu kepada satu disiplin sahaja malah melibatkan pelbagai bidang dan disiplin. Ini termasuklah kerjasama rentas-sektor bagi mengendali dan respons kepada masalah kesihatan populasi yang kompleks dengan menggunakan pendekatan kepelbagaian intervensi.

Dr Milton Lum (Mantan Presiden, Persatuan Perubatan Malaysia)

GRED

Pencapaian terbaik PH dalam sektor penjagaan kesihatan

Tiada
Kelemahan PH dalam sektor penjagaan kesihatan

(a) Kegagalan untuk melibatkan penyedia penjagaan kesihatan swasta (contohnya, Persatuan Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta FPMPAM), Akademi Perubatan, Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia).

Anda cuba melagakan persatuan-persatuan ini. Sebagai kementerian, anda tidak sepatutnya berbuat demikian.

(b) Tidak memenuhi janji, contohnya penyingkapan awam mengenai kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (yang menyebabkan enam pesakit terkorban).

(c) Tiada dasar bagi memastikan doktor yang tidak bekerja dengan sektor awam selepas tamat kontrak, tidak menjejaskan kualiti penjagaan di klinik pengamal perubatan am (GP).

Bagaimana PH dapat meningkatkan penjagaan kesihatan

(a) Lantikan secara kontrak (dua atau tiga tahun) bagi jawatan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah dengan KPI-KPI tertentu.

(b) Penglibatan secara ikhlas dan tulen dengan penyedia penjagaan perubatan swasta.
Apakah tumpuan yang harus diberikan oleh PH dalam penjagaan kesihatan bagi baki penggal pertama?

(a) Hentikan kemerosotan keselamatan dan kualiti penjagaan yang diberikan (terutamanya di hospital KKM). Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) telah memberi kesan kepada kualiti penjagaan. Terdapat laporan dimana pesakit diberitahu – ‘Senarai menunggu sangat panjang, tetapi jika anda berjumpa saya di klinik swasta saya, ia akan menjadi pendek’. Ini tidak sepatutnya berlaku.

Penjagaan yang diberikan kepada pesakit di hospital KKM – kebanyakannya bergantung kepada pegawai perubatan dan ‘house officer’. Secara rasminya, anda mempunyai seorang perunding dan pakar ‘on call’. Tetapi hakikatnya, sering kali mereka tidak boleh didapati atau terlalu sibuk. Pakar tersebut terlalu sibuk dan hanya muncul apabila berlakunya kejadian buruk. Bagi orang yang meletakkan kepercayaan mereka kepada hospital KKM, ini adalah tidak adil kepada mereka.

Kadar pengurangan kematian ibu bersalin telah mendatar.

Dibandingkan dengan lalu, jangka hayat telah meningkat. Walaubagaimanapun, ia kini telah juga mendatar. Peningkatannya amat sedikit berbanding negara jiran seperti Thailand dan Vietnam, di mana mereka sepatutnya berada di kedudukan belakang. Ini adalah satu petunjuk menunjukkan sistem kesihatan kita semakin merosot dan mengalami masalah.

(b) Pisahkan fungsi kawal selia daripada penyediaan penjagaan kesihatan di fasiliti KKM.

(c) Kurangkan pembaziran dan ketidakcekapan.

(d) Tender terbuka bagi semua barang dan perkhidmatan untuk KKM

Dr Michael Jeyakumar Devaraj (Mantan Ahli Parlimen Sungai Siput, Parti Sosialis Malaysia)

GRED

Pencapaian terbaik PH dalam sektor penjagaan kesihatan

Mereka tidak mengurangkan bajet kesihatan walaupun keadaan kewangan negara meruncing.
Kelemahan PH dalam sektor penjagaan kesihatan

Mereka tidak mengkaji pendekatan BN (Barisan Nasional) menggalakkan penambahan dan pengembangan hospital swasta dan menggalakkan skim seperti (PPBP). Pesakit swasta mengalihkan perhatian pakar. Selalunya, keperluan pesakit swasta tidak serumit keperluan pesakit kerajaan. Anda merawat hernia untuk pesakit yang berbayar, tetapi anda adalah seorang pakar kolorektal kanan yang sepatutnya melakukan kes-kes kanser yang serius.
Bagaimana PH dapat meningkatkan penjagaan kesihatan

Dengan mengkaji secara mendalam pendekatan neoliberal bagi pemberian penjagaan kesihatan, seperti pelancongan kesihatan. Pendekatan ini melihat segala-galanya sebagai komoditi. Malah keperluan asas juga dianggap sebagai komoditi, yang digunakan untuk menjana pertumbuhan KDNK dan sebagainya. Apabila anda berbuat demikian, ia sebenarnya melemahkan hospital kerajaan. Ia menyebabkan doktor pakar meninggalkan hospital kerajaan.
Apakah tumpuan yang harus diberikan oleh PH dalam penjagaan kesihatan bagi baki penggal pertama?

Mengisi kekosongan doktor pakar kanan di hospital kerajaan. Mereka perlu menyekat pengembangan hospital-hospital swasta.

Dr Chakr Sri Nagara (Mantan Presiden, Persatuan Hospital Swasta Malaysia)

GRED

Pencapaian terbaik PH dalam sektor penjagaan kesihatan

Saya gembira bahawa menteri bersedia mengakui terdapatnya kelemahan dalam KKM dan bersedia untuk berdialog dengan pihak pemegang taruh.

Malangnya, aktiviti berdialog ini amat sedikit. Pada dasarnya, harus ada jawatankuasa ditubuhkan khusus bagi berinteraksi dengan pihak pemegang taruh, terutamanya bersama orang awam. Dengan jawatankuasa ini dan konsultasi yang berlangsung, kita dapat mengukur kemajuan perubahan yang dirancang dan melihat pelaksanaannya. Ia berupaya memberi keyakinan kepada orang ramai apabila melihat implementasi perubahan yang berlaku. (Ia lebih baik daripada tiada sebarang kemajuan).

Malangnya, inisiatif Peka B40 yang dilancarkan baru-baru ini harus dilihat bersifat interim dan bukannya objektif terakhir. Usaha ke arah objektif bagi mewujudkan insurans nasional (bersifat tidak untuk keuntungan) belum lagi bermula.
Kelemahan PH dalam sektor penjagaan kesihatan

Mengumumkan pelaksanaan pelan utama bagi mewujudkan insurans kesihatan kebangsaan, dan berkongsi secara terbuka langkah-langkah ke arah mencapai objektif tersebut dapat memberi keyakinan kepada orang ramai. Sekiranya ianya tidak melakukan sedemikian, KKM mungkin tidak dapat menyakinkan orang ramai mengenai inisiatif-inisiatif yang ingin dijalankan.
Bagaimana PH dapat meningkatkan penjagaan kesihatan

Kita ingin melihat transformasi lengkap sistem penyampaian penjagaan kesihatan yang sedia ada dengan integrasi yang lebih baik di antara sektor awam dan swasta. Kita akui yang ianya melibatkan usaha dan proses yang panjang dan lama. Ia harus diusahakan secara berperingkat bagi mengelakkan kegagalan sistem yang berfungsi (tetapi kurang efisien) .

Apabila perubahan dan langkah kehadapan berlaku, orang ramai perlu diberitahu dan kemajuan tersebut diukur menggunakan pelan atau keranka kerja yang dipersetujui.
Apakah tumpuan yang harus diberikan oleh PH dalam penjagaan kesihatan bagi baki penggal pertama?

Memastikan semua pemegang taruh (terutamanya orang ramai) sentiasa dimaklumkan bagi mendapatkan sokongan dan persetujuan ramai.

(a) Doktor di sektor awam (doktor pakar dan bukan pakar)

(b) Doktor di sektor swasta (kebanyakannya doktor pakar). Kedua-dua jenis doktor ini boleh diwakilkan menerusi persatuan mereka (contoh: Persatuan Perubatan Malaysia, Persatuan Pakar Perubatan Swasta Malaysia, Kesatuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia, dan sebagainya).

(c) Persatuan Hospital Swasta Malaysia (pengendali hospital pakar swasta).

(d) Persatuan-persatuan pengguna (mewakili orang ramai).

(e) Penanggung insurans kesihatan, organisasi yang menguruskan penjagaan kesihatan.

(f) Kementerian Kewangan

(g) Kolej-kolej perubatan / fakulti-fakulti (Kementerian Pendidikan) untuk membuat perancangan mengenai berapa ramai dan jenis pengamal perubatan yang diperlukan bagi satu jangka masa hadapan (5/10/20 tahun).

(h) Akhir sekali, melibatkan doktor dan para pentadbir kanan yang menunjukkan minat dalam isu ekonomi kesihatan.

Amrahi Buang (Presiden,
Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)

GRED

Pencapaian terbaik PH dalam sektor penjagaan kesihatan

Dr. Dzulkefly mempunyai daya politik (political will) yang sangat kuat untuk memastikan perubahan yang lebih baik. Beliau sanggup terlibat dengan semua pihak berkepentingan, termasuk warga Internet dalam media sosial. Beliau bersemangat dan komited terhadap tanggungjawabnya. Beliau mengalu-alukan idea-idea dari kakitangan Kementerian Kesihatan dan orang ramai.

(a) Inisiatif Anti-tembakau – inisiatif mQuit, larangan merokok di Parlimen dan tempat makan awam.

(b) Promosi gaya hidup sihat di kalangan kakitangan KKM dan kementerian-kementerian lain.

(c) Peningkatan bajet perbelanjaan kesihatan.

(d) Peka B40

(e) mySalam
Kelemahan PH dalam sektor penjagaan kesihatan

(a) Masih tidak dapat menyelesaikan isu harga ubat-ubatan.

(b) Masih mengekalkan status quo. Secara contohnya, polisi mengenai pengasingan pemberian ubatan (dispensary) dan harga konsultasi bagi doktor swasta.

(c) Tiada dasar kesihatan kebangsaan.

(d) Harus tangani NCD dan CD (penyakit berjangkit), serta mempromosik gaya hidup sihat di kalangan rakyat.
Bagaimana PH dapat meningkatkan penjagaan kesihatan

(a) Tumpuan harus diberikan kepada penjagaan kesihatan primer — promosi dan pencegahan.

(b) Naiktaraf kerjasama sektor awam dan swasta kepada integrasi secara formal. Pengamal perubatan am (GP) dan ahli farmasi komuniti harus menjadi sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan yang berintergrasi.

(c) Tangani isu pembiayaan penjagaan kesihatan menerusi percukaian dan insurans kesihatan sosial sebagai skim insurans kesihatan kebangsaan.

(d) Menetapkan KPI bagi meningkatkan kesihatan lebih daripada apa yang dicapai sekarang.
Apakah tumpuan yang harus diberikan oleh PH dalam penjagaan kesihatan bagi baki penggal pertama?

(a) Merangka formula yang tepat dan holistik mengenai dasar/polisi kesihatan kebangsaan untuk negara.

(b) Melaksanakan pengasingan pemberian ubatan di peringkat penjagaan primer swasta.

(c) Integrasi keadaan dikotomi masa kini kepada sistem kesihatan kebangsaan berintegrasi.

(d) Mengalakkan celik kesihatan di kalangan rakyat.

(e) Memperluaskan pelaksanaan larangan merokok di taman/ pusat rekreasi/ pantai peranginan dan denda terhadap mereka yang membuang puntung rokok di merata tempat.

(f) Memberi tumpuan mengenai isu populasi menua.

(g) Promosi terhadap kesihatan mental.

(h) Kajian dan penyelidikan yang cukup dan sewajarnya bagi bidang kesihatan.

You may also like