Udara Miri Masih Pada Paras Tidak Sihat

By CodeBlue | 20 April 2019

Bacaan IPU Miri terkini: 169

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kuala Lumpur, 19 April — Pagi tadi, udara bandar raya Miri dilaporkan dalam jurang tidak sihat. Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi bandar tersebut menunjukkan bacaan 188 pada awal 5 pagi.

Data daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan peningkatan berturutan bagi bacaan IPU Miri sejak 8 malam tadi. Ketika itu, IPU berada pada paras 117.

Laporan terkini daripada laman web JAS pada jam 3 petang ini, mempamerkan bacaan 169.

Bernama melaporkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, punca bacaan IPU tidak sihat ini adalah disebabkan angin yang membawa jerebu dan asap daripada pembakaran terbuka di Kuala Baram. Walaupun kebakaran masih sedang berlaku di kawasan tersebut, api di belukar, ladang dan tanah gambut dalam keadaan terkawal.

Jurang IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

You may also like