Telan Air Mani Mungkin Elak Keguguran

Menelan air mani mungkin memberikan kesan positif kepada kehamilan.

KUALA LUMPUR, 5 April – Wanita yang sering memberikan seks oral kepada pasangan lelaki mereka mungkin mempunyai kebarangkalian yang lebih rendah untuk mengalami keguguran.

Penyelidik mempercayai bahawa menelan air mani menguatkan sistem imun wanita yang hamil dan menyebabkan pertumbesaran fetus yang lebih sihat.

Ini disebabkan bahan tersebut mengandungi hormon dan protein daripada badan lelaki, yang menguatkan daya tahan wanita tersebut.

Walaupun, seks tanpa perlindungan melalui vagina memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan kandungan, air mani lebih efektif apabila diserap dalam perut.

Mengikut kajian mereka, didapati bahawa wanita yang sering mengalami keguguran, kurang memberikan seks oral kepada pasangan mereka.

73 peratus daripada wanita dalam kumpulan yang tidak mengalami keguguran sering memberikan seks oral. Manakala, hanya 57 peratus daripada mereka yang sering mengalami keguguran melakukan sedemikian.

“Pendedahan oral kepada air mani kelihatan…memberikan kesan positif kepada kehamilan,” penyelidik berkata.

You may also like