Dzulkefly Mahu Ide Warga KKM

Kongsi cadangan di www.ideas.moh.gov.my.

KUALA LUMPUR, 1 April — Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad meminta staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengemukakan masalah, cadangan dan ide berkaitan tugas mereka.

Ide-ide staf KKM, kecuali berjawatan JUSA dan ke atas, boleh dikongsi dengan beliau di www.ideas.moh.gov.my mulai hari ini sehingga 30 April.

“Semua idea, cadangan dan masalah boleh diutarakan terus ke laman berkenaan. Ia adalah untuk kita bersama-sama memperbaiki kualiti kerja dan perkhidmatan KKM,” Dzulkefly dilaporkan Sinar Harian berkata kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

You may also like