KKM Mahu Pegawai ‘Bimbingan Kerohanian’ Profesional

Sebanyak 67 daripada 145 hospital di negara ini telah melaksanakan program mesra ibadah.

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merancang untuk mengambil kerja “pegawai bimbingan kerohanian profesional dengan akreditasi” pesakit.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dilaporkan Star Online berkata hari ini bahawa Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) sedang merangka kurikulum untuk kursus ijazah “bimbingan kerohanian” bersama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

“Kita mahu menangani keperluan kerohanian pesakit, di samping memberi penjagaan perubatan,” Dzulkefly dilaporkan berkata selepas merasmikan Seminar Pengurusan Spiritualiti Dalam Perubatan dan Kesihatan di ILKKM Sungai Buloh hari ini.

Beliau berkata United Kingdom mempunyai perkhidmatan “chaplain”, manakala Amerika Syarikat menawarkan perkhidmatan pastor.

“Di Barat, hanya profesional yang dilatih dan berakreditasi boleh menawarkan perkhidmatan tersebut. Sama juga, kami mahu memastikan bahawa pegawai bimbingan kerohanian di sini dilatih dengan profesional,” Dzulkefly berkata.

ILKKM dilaporkan menawarkan program latihan selama tiga hari untuk staf kesihatan untuk memberi bimbingan kerohanian.

Star Online melaporkan bahawa 67 daripada 145 hospital di negara ini telah melaksanakan program mesra ibadah.

You may also like