KKM Jamin Vaksin Halal

Setiap vaksin terbukti berkesan, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata.

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan bahawa vaksin di negara ini tidak mempunyai bahan yang tidak halal.

Menurut Bernama, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye dilaporkan berkata setiap vaksin terbukti berkesan, khususnya terhadap kanak-kanak.

“Walaupun pembinaan kilang vaksin halal pertama akan dibina, ia tidak bermaksud penggunaan vaksin selama ini tidak berstatus halal.

“Sesiapa sahaja yang mahu membina kemudahan pengeluaran untuk vaksin atau produk perubatan, kami sentiasa mengalu-alukan,” beliau memberitahu pemberita di Ipoh semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dilaporkan berkata pada 3 Mac bahawa kilang vaksin halal pertama di Malaysia akan dibina di Negri Sembilan tidak lama lagi.

Penyakit bercegah seperti demam campak (measles) dan difteria telah meningkat di Malaysia akibat kenaikan penolakan vaksin.

You may also like