KKM: 143 Perokok Daftar mQuit

Perkhidmatan mQuit ditawarkan di klinik kesihatan, hospital kerajaan, dan fasiliti swasta.

KUALA LUMPUR, 5 Mac — Hanya seramai 143 perokok mendaftar di bawah program mQuit oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak Januari hingga minggu kedua Februari untuk mendapat perkhidmatan kaunseling berhenti merokok.

Bernama melaporkan Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata bahawa ini merupakan “sambutan luar biasa” sejak pewartaan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok yang berkuatkuasa 1 Januari.

“Saya percaya larangan tersebut yang bersifat prohibitif, apabila digabungkan dengan program mQuit yang bersifat promotif, akan membantu membudayakan amalan tidak merokok sekaligus membantu usaha mencapai sebuah negara bebas amalan merokok,” katanya selepas merasmikan majlis mQuit di Putrajaya hari ini.

Perkhidmatan mQuit ditawarkan di klinik kesihatan, hospital kerajaan, dan fasiliti swasta.

Dzulkefly juga dilaporkan berkata hanya 12 peratus perokok yang melanggar larangan merokok di tempat makanan sehingga kini.

You may also like