Lima Lagi Kanak-kanak Dijangkiti Difteria

Kanak-kanak tersebut semuanya berumur kurang daripada empat tahun, telah memperolehi jangkitan bakteria itu akibat tinggal dalam kawasan yang sama dengan mangsa atau berhampiran dengan tadika.

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Lima kanak-kanak di Johor dijangkiti difteria, termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang tidak divaksinasi. Kes-kes ini muncul selepas seorang bayi yang tidak divaksinasi meninggal baru-baru ini akibat penyakit yang boleh dicegah tersebut.

Media melaporkan bahawa kanak-kanak perempuan berusia empat tahun itu merupakan kakak kepada budak berusia dua tahun yang meninggal akibat penyakit tersebut di Johor Baru Khamis lalu. Kanak-kanak yang lain telah diimunisasi.

“Lima orang kanak-kanak ini termasuklah kakak kepada mangsa berumur empat tahun telah disaring. Mereka didapati telah berhubung terus dengan mangsa, atau berada dipersekitarannya.

“Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah semalam dan diasingkan kerana mereka telah menunjukkan simptom-simpton jangkitan tersebut,” kata pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal. Beliau berkata demikian oleh New Straits Times ketika sidang akhbar di Johor Baru.

Kanak-kanak tersebut dikatakan dalam keadaan stabil.

Dr Sahruddin dilaporkan berkata kanak-kanak tersebut semuanya berumur kurang daripada empat tahun, telah memperolehi jangkitan bakteria itu akibat tinggal dalam kawasan yang sama dengan mangsa atau berhampiran dengan tadika.

“Kita perlu memahami bahawa jangkitan tersebut merebak melalui air liur dan peluh akibat bersentuhan terus dengan pesakit.

“Pihak kami akan melaksanakan saringan untuk sesiapa yang melawati kawasan terbabit. Ini termasuklah tempat tinggal dan kawasan yang dilawati kanak-kanak tersebut, klinik swasta, hospital, kakitangan, dan tadika.”

You may also like